PENDAFTARAN SUBDEALER / DEALER / PENGEDAR SIMKAD PREPAID ONEXOX KINI DIBUKA !!! [DIMILIKI DAN DIURUS OLEH WARISAN TEGUH NETWORK RA0029482-W]

FAQ

1. Apa itu ONEXOX?
ONEXOX ialah jenama kepada salah satu produk perkhidmatan mudah alih prabayar yang disediakan oleh XOX Berhad dan diedarkan secara eksklusif oleh One XOX Sdn. Bhd.

2. Dimana saya boleh dapatkan Starter Pack ONEXOX?
Starter Pack ONEXOX boleh didapati daripada mana-mana pengedar sah yang dilantik.

3. Adakah saya dapat insentif jika perkenalkan ONEXOX kepada orang lain?
Ya, sudah tentu. Sila rujuk =>> USER GET USER (UGU)

4. Bolehkah saya melanggan ONEXOX dengan mengekalkan nombor sedia ada?
Ya, boleh. Ianya dinamakan MNP.

5. Saya telah daftar untuk kekalkan no. lama atau MNP, mengapa tak dapat
tempoh aktif 28 bulan?
Tempoh aktif 28 bulan diberi selepas 2 minggu akaun xox anda diaktifkan.

6. Dimanakah letaknya kredit tersedia RM5 pada SIM Pack dan berapa lamakah tempoh aktif jika saya tidak membuat sebarang tambah nilai?
Kredit tersedia RM5 terletak pada baki Akaun Utama (MA). SIM kad anda akan aktif selama 30 hari tanpa membuat sebarang tambah nilai dari tarikh pengaktifan dibuat. STATUS AKAUN TEMPOH SAH

7. Mengapa perlu ada Akaun Dedikasi (DA) dan Akaun Utama (MA)?
Dengan pelan fleksi 2-dalam-1 yang unik, ONEXOX menawarkan caj kadar murah yang lebih penjimatan pada baki DA dan caj kadar biasa yang berpatutan pada baki MA.
Mekanisme caj bermula dengan penolakan pada baki DA (kadar murah) terlebih dahulu; seterusnya menolak baki MA (kadar biasa) apabila kehabisan baki DA. Baki MA juga digunakan untuk melanggan pelan internet mudah alih serta membuat pindahan kredit ke pihak lain; sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi sebelum meneruskan transaksi tersebut.

Anda boleh memindahkan sebahagian baki DA ke MA bagi mencukupkan amaun MA untuk melanggan pelan internet pilihan anda atau jika ingin membuat pindahan kredit ke pihak lain.

Cara memindahkan sebahagian DA ke MA (perkhidmatan ini adalah percuma):
SMS ke 22111- TRNSDA
Contoh: TRNS DA 18

Ketelusan ONEXOX mengadakan perbezaan kadar pada kedua-dua akaun tersebut adalah bertujuan untuk menawarkan kadar tetap sepanjang masa tanpa perlu membuat apa-apa promosi kadar yang berbeza-beza di masa hadapan. Berkonsepkan belian top up secara pukal, pelanggan-pelanggan ONEXOX yang membuat top up pada denominasi yang besar sekali gus akan menikmati lebih penjimatan pada baki DA. Kami mengalu-alukan agar semua pelanggan ONEXOX menggunakan ruang penjimatan ini bagi mengoptimakan perbelanjaan telekomunikasi harian anda.

Rancanglah pembelian top up anda selepas ini! Sila rujuk PELAN & PERKHIDMATAN untuk gambaran lanjut.

8. Apakah denominasi tambah nilai yang ada?
RM5, RM10, RM30, RM50. Sila pastikan anda merancang pembelian denominasi bagi memenuhi keperluan telekomunikasi anda.

9. Dimana saya boleh dapatkan tambah nilai ONEXOX?
Tambah nilai boleh dibeli daripada pengedar-pengedar ONEXOX, kedai-kedai 7-Eleven, stesen-stesen minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, BHP, Caltex dan Esso dan mana-mana kedai terpilih yang menggunakan terminal ePay. Sila sebut tambah nilai ‘XOX’ ketika membeli selain daripada pengedar ONEXOX. Tambah nilai juga boleh dibeli secara perbankan online menerusi portal SELF CARE

10. Apa yang boleh dilakukan menerusi portal ‘ Self Care ‘?
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan menerusi portal Self Care:
a. Melihat profil langganan anda. Periksa: baki kredit DA/MA, tempoh sah langganan, baki SMS percuma.
b. Dapatkan bil terperinci.
c. Tambah nilai.
d. Pengurusan langganan internet: Melanggan pelan internet, naiktaraf langganan, periksa baki kuota & menambah kuota.
e. Pengurusan sub talian: Daftar sehingga 10 sub talian, membuat tambah nilai sub talian, membuat langganan internet sub talian dan periksa profil langganan sub talian: baki kredit, tempoh sah, kuota internet (jika melanggan) & bil terperinci.
f. Periksa & penebusan mata kesetiaan (loyalty point).
g. Pengurusan 10 nombor ‘Famili & Rakan’: mendaftar/menambah & membatal
h. Panduan Self Care =>> DI SINI

11. Adakah pelan internet mudah alih (data) ONEXOX menyokong semua jenis alat peranti dan telefon pintar?
Pelan data ONEXOX menyokong hampir semua jenis alat peranti dan telefon pintar. Sila pastikan anda membuat tetapan yang betul. Walau bagaimanapun, pelan data ONEXOX tidak menyokong perkhidmatan ‘Blackberry Internet Service'(BIS).

12. Adakah pelan data ONEXOX bersifat ‘unlimited’?
TIDAK. ONEXOX menawarkan pelan data berkelajuan tinggi (tanpa kawalan kelajuan) sehingga 4mbps muat turun mengikut had kuota data/hari yang dilanggan. Dengan ini, pelanggan-pelanggan ONEXOX bebas melayari internet tanpa gangguan kelajuan. Tempoh langganan data adalah tertakluk kepada ‘yang mana sampai dulu’ iaitu sama ada had kuota data mencapai penggunaan 100% atau langganan menemui tarikh tamat tempoh.

13. Saya boleh buat call TETAPI tak boleh SMS, Apa masalahnya?
Anda perlu setting Hp anda, tukar nombor message centre.
Caranya:
A) Klik SMS >> Message setting >> Text message >> Message centre >> +60193900039
Atau
B) Klik SMS >> Messaging settings >> Text mesage >> SMS Service Centre >> +60193900039

14. Hp saya sekejap ada signal sekejap tak ada dan tak dapat akses internet bila guna simkad OneXOX tetapi simkad celcom boleh. Apa yang perlu saya buat.

OneXOX menggunakan coverage celcom, di mana ada celcom, di situ ada OneXOX.
Jika simkad OneXOX anda tidak ada signal atau sekejap ada sekejap tak ada atau signal sangat lemah, sila setting WCDMA pada hp anda.

NOTA : Sekiranya anda menggunakan telefon pintar dual sim, anda haruslah memasukkan sim kad ONEXOX di slot sim 3G kerana perkhidmatan internet ONEXOX ialah 3G.

PERHATIAN: Untuk mendapatkan APN Setting bagi apa-apa model telefon, anda boleh terus menghubungi talian Customer Service 12273 or 1300-888-010

***Sekiranya masih gagal, anda dinasihatkan supaya telephone customer service ONEXOX di 12273 (PERCUMA) dari talian ONEXOX***

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Email this to someoneShare on VKShare on YummlyShare on LinkedInShare on TumblrDigg this